Wednesday, August 13, 2008

TERNAKAN CACING







PENGENALAN Cacing ni hanya dijual pada penternak baru, tapi harga dia agak tinggi dan sangat mudah membiak, 1kg cacing bleh membiak sekali ganda dalam masa 1 bulan setengah.KOSkos makanan terlalu rendah. kalau kat malaysia (area johor) 1 kg makanan bleh dibeli dgn harga RM1.50 shj. Biasanya makanan akan diberi 1kg sehari untuk 1 kg cacing. so untuk gandakan dari 1kg kepada 2 kg cacing (dalam tempoh sebulan setengah) hanya perlukan RM1.50x45hari = RM67.50HARGA CACINGSekarang harga kat m'sia untuk 1kg cacing dalam +/-RM450.00HARGA BAJA KOMPOSVermi kompos 1 kg = RM4Kompos 1kg = RM8 TUKARANSeems to be :1 kg cacing perlukan 1 kg makanan1 kg makanan boleh hasilkan 1 kg (kompos + vermi)MARKET NEEDUntuk baja kompos, sekarang xde masalah, kat nursery mmg perlukan baja kompos ni, n yang terbaru, ada sorang petani kat cameron highland perlukan 5tan baja kompos/minggu. n for fact, kat cameron highland TERLALU ramai petani.SHORT-TERM INCOMEuntuk jual cacing,Katakan anda ternak 10 kg cacing,dalam masa sebulan setengah anda akan dapat 20kg cacing.harga sekilo cacing = +/-RM450,kos makanan hanya RM1.50/kilo cacing/hariso, boleh bayangkan tak, dalam masa sebulan setengah je, baper income?InsyaAllah, untuk pasaran cacing ni, dalam masa 1 tahun takkan ada masalah. Kalau anda sanggup jual dengan harga murah, (katakan RM300/kilo),APA YANG SERONOKNYA?untuk 1kg cacing, hanya perlu ternak dalam bekas yang kecil je, alah, bekas plastik sebesar bantal tidur tu je...so, klau nak ternak 10kg, kat laman rumah boleh sangat2, takde bau pun...hmmm, macam hobi2 je, xperlu banyak masa. kalau dulu hobi tanam pokok bunga kat laman rumah, why not tukar ke 'tanam cacing' kat laman rumah?

p/s : cacing ni kecil je, nak buat umpan memancing macam xberapa sesuai, lagipun harga mahal....


PEMAKANAN ADALAH MERUPAKAN PERKARA TERPENTING DAN MENJADI PENDORONG UTAMA KEPADA SYSTEM PENGELUARAN CACING.BAKA CACING YANG BAIK TIDAK AKAN MAMPU MEMBERI KADAR PERTUMBESARAN YANG TINGGI JIKA KUALITI DAN KUANTITI MAKANAN TIDAK DIPERBAIKI.PEMAKANAN KHAS UNTUK CACING YANG DIRUMUS KHAS OLEH SEBUAH SYARIKAT TEMPATAN DENGAN MENGGUNAKAN KEPAKARAN TEMPATAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI MAKANAN YANG BERKUALITI TINGGI,DENGAN KADAR KANDUNGAN NUTRIEN SEPERTI BERIKUT :PROTIN KASAR (N X 6.25 )- 26%LEMAK KASAR - 0.1%GENTIAN KASAR - 52.7%ABU - 10.5%KALSIUM - 2.17%PHOSPHORUS - 0.09%TENAGA METABOLISMA MJ/KG - 11.02%KESEMUA NUTRIEN TELAH PUN DIUJI DAN DISAHKAN DI INSTITUT VETERINAR MALAYSIA ( INSTITUT HAIWAN MALAYSIA )ANALISA TELAH DIJALANKAN MENGIKUT"SIRIM" METHOD OF ANIMAL FEEDING STULF (M.S.3.1982)CARA PENGGUNAANUTK 1KG CACING = SATU SUDU BESAR, BERIKAN 3 HARI SEKALI ( BOLEH DIGAUL DGN MAKANAN @ TABUR PADA PERMUKAAN MEDIA/MEDIUM CACING )1KG MAKANAN KHAS = RM55 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN)


Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwakata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.SUMBER: BERITA HARIAN (17/Julai/2008)Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis FatwaNILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat. "Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik."Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini."Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi," katanya.

Di Indonesia telah terdapat banyak kapsul yang menggunkan cacing merah ini dan di antaranya ialah Kapsul Lumbrica yang dijual dengan harga Rp17000 sebotol. Ianya telah terbukti dapat :

i. menurunkan kadar kolesterol

ii.meningkatkan daya tahan tubuh ( antibodi )

iii.menurunkan tekanan darah tinggi

iv.meningkatkan nafsu makan

v.mengubati saluran pencernaan spt typus, disetri, gangguan perut

vi.mengubati saluran penafasan - batuk, asma, influenza,TBC

vii.menurunkan kadar gula - diabetesviii.mengubati alergi, luka dan sakit gigi.

viii.mengubati sakit sendi.


TERNAKAN CACING SECARA KOMERSIL